Ular tedung menyorok dalam timbunan barang

Iklan
Ular tedung selar sepanjang dua meter dengan berat tiga kilogram yang ditangkap anggota APM Lipis pada Isnin. - Foto ihsan APM

LIPIS - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) pada Isnin menangkap seekor ular tedung selar dalam timbunan barang di halaman sebuah rumah di Binjai.

Pegawai APM Daerah Lipis, Kapten (PA) Mohd Azhar Yusof berkata, kira-kira jam 8 malam, seorang wanita yang berada di halaman rumah berkenaan ternampak reptilia sepanjang kira-kira dua meter dengan berat tiga kilogram itu menyusur masuk ke dalam timbunan barang terbabit

Iklan
Iklan

Menurutnya, anggota APM bergegas ke lokasi itu selepas menerima panggilan pada jam 8.17 malam.

"Anggota APM mengambil selama tujuh minit untuk menangkap ular itu menggunakan penjerut," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan
Iklan

Jelasnya, tiada kecederaan yang berlaku dan reptilia terbabit dilepaskan di tempat selamat dan jauh daripada orang ramai.