Peneroka Felda jadi tauke ayam

Iklan
Ayam yang mencapai tempoh matang iaitu 33 hari mula dijual kepada pemborong.

DUNGUN - Tindakan nekad mengeluar-kan wang simpanannya tujuh tahun lalu mengubah kehidupan seorang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sehingga menjadi seorang usahawan ayam yang berjaya.

Bermula daripada situ, Yusof Yaakob, 62, mengambil keputusan menceburkan diri dalam projek penternakan ayam pedaging di Felda Kerteh 6 di sini.

Iklan
Iklan

Yusof berkata, berbekalkan modal sebanyak RM400,000 pada peringkat permulaan, dia membina sebuah reban ayam sistem tertutup moden yang lengkap di atas tanah seluas satu hektar dan menternak ayam secara kontrak dengan sebuah syarikat.

"Sebelum ini saya merupakan seorang peneroka dan membuat kerja-kerja ladang secara kontrak. Saya mahu mencuba menternak ayam kerana bidang ini boleh menjana keuntungan, jadi saya membuat kontrak farming menyiapkan satu reban ayam tertutup.

Iklan

"Satu reban boleh memuatkan 25,000 ekor ayam dan tempoh matang ayam tersebut adalah 33 hingga 40 hari,” katanya kepada Sinar Ahad di ladang ternakan ayamnya di Felda Kerteh 6 di sini.

Menurutnya, beliau tidak menyangka projek ternakan ayam pedaging yang diusahakannya berjaya membuahkan hasil lumayan.

Iklan
Bermula dengan hanya satu reban, kini Yusof mempunyai tiga buah reban yang mampu mengeluarkan 85,000 ekor ayam.

"Saya buat pinjaman dengan institusi perbankan untuk membina dua lagi reban ayam tertutup di ladang tersebut sebagai usaha memperbesarkan projek ternakan.

"Seramai lapan pekerja terlibat dalam operasi di tiga reban ayam tertutup moden yang dilengkapi dengan penapis udara dan kipas besar untuk pengawalan ali-ran udara, suhu serta bau,” katanya.

Bapa kepada enam anak itu kini adalah antara usahawan ternakan ayam pedaging terbesar di Terengganu dengan memiliki tiga buah reban tertutup yang mampu mengeluarkan 85,000 ekor ayam bagi pasaran seluruh negeri itu.

Yusof pernah mendapat beberapa pengiktirafan antaranya pemenang Anugerah Utama Usahawan Felda 2018 dan Anugerah Inovasi Usahawan Felda 2018 sempena sambutan Hari Peneroka Felda peringkat kebangsaan.

Yusof berkata, beliau merancang membina tiga lagi reban tertutup di lokasi baharu berhampiran ladang sedia ada yang dijangka mampu mengeluarkan hampir 100,000 ekor ayam pedaging dalam satu-satu masa.