Pesawat MH604 kini dalam penerbangan dari Singapura

Iklan
Pesawat Airbus A330-300 milik Malaysia Airlines akan membawa Vaksin Pfizer-BioNTech. -Foto Bernama

SHAH ALAM - Pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH604 yang membawa vaksin pertama untuk Malaysia, Pfizer-BioNTech kini dalam penerbangan dari Singapura.

Menerusi Flightradar24, pesawat berkenaan berlepas pada jam 9.23 pagi dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10.01 pagi.

Iklan
Iklan

Perjalanan itu mengambil masa lebih kurang satu jam.

Pada Sabtu, Sinar Harian melaporkan kesemua 312,390 dos vaksin itu diterbangkan dengan penerbangan Passenger-to-Cargo (P2C) menggunakan pesawat Airbus 330-300.

Iklan

Kenamaan yang bakal hadir untuk menyambut ketibaan vaksin di KLIA ialah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Perjalanan vaksin tersebut dari kilang Pfizer di Belgium telah diuruskan oleh Pfizer dan DHL melalui perjanjian di peringkat global.

Iklan

Vaksin berkenaan berlepas dari Belgium dan transit di Leipzig Halle Airport sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura untuk pengedaran ke negara-negara Asia Pasifik lain termasuk Malaysia.

Setibanya di Malaysia, pengedaran vaksin tersebut akan dikendalikan DHL Express yang juga merupakan ejen yang telah dilantik untuk pengedaran vaksin Pfizer-BioNTech di peringkat global.