KSU KPDNHEP dilantik Pengerusi SSM

Iklan

KUALA LUMPUR – Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Muez Abdul Aziz dilantik sebagai pengerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang baharu, berkuat kuasa 9 Januari lalu.

SSM, dalam satu kenyataan, berkata Muez menggantikan Datuk Seri Jamil Salleh yang bersara wajib pada 8 Januari lalu.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, pelantikan Muez adalah bagi tempoh dua tahun iaitu sehingga 2021.

SSM berkata watikah pelantikan telah diserahkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kepada Muez di pejabatnya hari ini. - Bernama

Iklan
Iklan