Kad makanan ringankan beban

Iklan
Rosmawati bersama salah seorang anak OKU.

IPOH - Pemberian kad makanan dan kad kesihatan kepada 17,000 penerima kalangan B40, miskin dan miskin tegar negeri ini melalui Bajet Negeri Perak 2019 disambut baik golongan berkenaan.

Malah bantuan yang diperkenalkan pertama kali ini dilihat bakal memberi manfaat besar kepada golongan tersebut terutamanya melibatkan perbelanjaan membeli barang keperluan asas seperti beras, gula, tepung dan minyak masak.

Iklan
Iklan

Ibu tunggal lima anak, Rosmawati Mohamed Saeid, 37, berkata, dia begitu gembira selepas membaca khabar baik berkenaan dalam akhbar Sinar Harian hari ini dan melahirkan rasa bersyukur atas keprihatinan kerajaan negeri membantu golongan sepertinya.

"Sumber pendapatan saya hanya menjual otak-otak di kedai makan pada waktu malam selain menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal untuk perbelanjaan kami sekeluarga.

Iklan

"Jadi bila menteri besar umum dalam bajet negeri ada peruntukkan kad makanan sebulan RM80 saya amat bersyukur sekurang-kurangnya dapat digunakan untuk membeli barang makanan seperti beras, telur, minyak masak, tepung dan gula," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, hari ini.

Menurut Rosmawati, mungkin bagi sesetengah pihak jumlah RM80 sebulan itu terlalu sedikit, namun bagi golongan miskin sepertinya, jumlah berkenaan sudah memadai buat mereka membeli makanan asas untuk lapik perut.

Iklan

"RM80 itu tidak akan cukup jika kita membeli barang yang tidak sepatutnya, kerana kad itu sebaiknya digunakan membeli beras, gula, garam, telur, sos cili, apa sahaja makanan yang boleh kita beli simpan dan gunakan bila barang lain habis," katanya.



ROHANI

Seorang lagi, ibu tunggal, Rohani Muhammad Hayat, 36, berkata, selain kad makanan yang diberikan kepada golongan miskin sepertinya, kad kesihatan juga sesuatu yang bagus lebih-lebih lagi untuk rawatan buat anaknya.

Ibu tunggal kepada tiga anak ini berkata, walaupun boleh menerima rawatan di klinik atau hospital kerajaan dengan harga murah, dia masih memerlukan kad kesihatan yang diumumkan menteri besar untuk merawat anaknya yang mempunyai masalah kesihatan.

"Jumlahnya RM300 sebulan dan bagi saya ia adalah sesuatu yang besar nilainya kerana anak saya Sufi Sumayyah Azmi, 13 berdepan masalah pertumbuhan tulang punggung tidak sempurna sejak lahir lagi dan akan menjalani pembedahan Disember ini.

"Selepas pembedahan akan ada rawatan susulan dan saya harap apabila kad tersebut diberikan kepada kami tahun hadapan saya dapat gunakannya untuk membyar kos rawatan susulan buat anak saya," katanya.