JKM kesan waris Zetty Uqayla

Iklan
ZETTY UQAYLA ABDUL RAHMAN

SHAH ALAM - Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) sedang mencari waris seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang kini berada di bawah jagaan Rumah Kanak-Kanak Tengku Tengku Budriah, Cheras.

JKM dalam satu kenyataannya berkata, kanak-kanak bernama Zetty Uqayla Abdul Rahman itu dilahirkan pada 9 Disember 2016 di Hospital Sungai Buloh, Sungai Buloh.

Iklan
Iklan

Pegawai Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Shah Alam, Mohammad Zulkaria Sakawi berkata, pihaknya cuba mencari ibu kandungnya, Ernawati Yusli di alamat Lot 23, Zon Delima, Kampung Paya Jaras Hilir, 47000 Sungai Buloh.

Namun, katanya, setelah pencarian dibuat di alamat tersebut, pihaknya gagal menemui ibu kandung kanak-kanak berkenaan.

Iklan
Iklan

"Kami memohon orang ramai mengesan ibu kandung atau warisnya sekiranya masih berada di Malaysia bagi membantu siasatan kami sebelum kanak-kanak ini dibawa semula ke mahkamah pada 23 Mac 2021,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Jelasnya, mereka yang mempunyai maklumat berhubung ibu atau waris kanak-kanak berkenaan boleh menghubungi Mohammad Zulkaria di talian 03-55458901.