Dua premis guna logo, sijil halal tanpa kebenaran
Iklan
Pihak berkuasa menurunkan iklan yang menggunakan logo dan sijil halal tanpa kebenaran JHEAINS pada premis di Seremban pada Rabu.
SEREMBAN - Dua buah premis perniagaan di sini diserbu pihak berkuasa kerana menggunakan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada papan iklan kedai tanpa kebenaran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) pada Rabu.
Selain itu, kedai berkenaan juga mempamerkan sijil halal pembekal bahan mentah tanpa mendapat kebenaran, sekali gus mengelirukan orang ramai.
Iklan
Iklan
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan, Ain Arjuna Aziz Zaman berkata, pihaknya bersama JHEAINS membuat serbuan pada jam 3.10 petang selepas melakukan pemantauan selama seminggu.
"Hasil pemeriksaan di dua premis masing-masing di Jalan Tuanku Munawir dan Jalan Tun Dr Ismail itu mendapati mereka melakukan kesalahan di bawah Perenggan 8 Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 kerana menggunakan logo halal pada iklan kedai dan mempamerkan sijil halal pembekal bahan mentah di dalam premis perniagaan.
Iklan
"Ini menunjukkan seolah-olah premis tersebut adalah pemegang sijil halal Jakim. Ini boleh mengelirukan pelanggan yang membeli barangan di premis tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Ain Arjuna berkata, di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, menggunakan dan mempamerkan sijil halal syarikat pembekal di premis perniagaan tanpa kebenaran merupakan satu kesalahan.
Iklan
"Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun, atau kedua-duanya bagi individu, manakala hukuman bagi suatu pertubuhan perbadanan ialah denda sehingga RM250,000.
"Di bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 pula, menggunakan apa-apa petunjuk yang menunjukkan makanan tersebut boleh dimakan oleh orang Islam merupakan satu kesalahan.
"Sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya bagi individu, manakala bagi syarikat atau pertubuhan perbadanan ialah denda sehingga RM5 juta," katanya.
Seorang penyokong tegar Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem atau lebih mesra disapa YB Helmy, sanggup menukar tempat mengundi sebagai tanda sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu untuk terus berbakti kepada rakyat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ibu kepada dua anak, Lee Kim Choo, 54, berkata, dia telah mengikuti rapat perkembangan YB Helmy sejak sekian lama menerusi platform media sosial dan tertarik dengan pendekatan wakil rakyat berkenaan yang sentiasa turun padang serta mendekati masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766730/edisi/melaka-ns/sanggup-tukar-tempat-mengundi-demi-yb-helmy
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.