Edar dadah: Dua rakan berdepan hukuman gantung

Iklan
891304

KANGAR - Dua rakan berdepan hukuman gantung selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat 150.15 kilogram pada 1 Februari lalu.

Fazeri Din, 51 dan Sukhon A/L Ewon, 40, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Kamaliza Md Zain.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan perbuatan itu bersama seorang lagi yang masih bebas, Amnat A/L Ratsamee di sebuah rumah di Kampung Batu Bertangkup, Jalan Kilang Gula daerah Padang Besar, kira-kira 7.50 pagi.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama serta dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Iklan

Kamaliza menetapkan 13 April sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Zulfadzli Salehen dan peguam Syed Muhammad Anwar Syed Lokman Hakim serta Syed Saifulizan Syed Abd Razak mewakili Fazeri manakala Sukhon tidak diwakili peguam. - Bernama

Iklan