Isu 'kilang ijazah': Jangan tertipu, sila rujuk MQA
Iklan
Maszlee Malik - Foto Bernama
SEMENYIH - Individu yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi digalakkan merujuk terlebih dahulu dengan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) supaya tidak menjadi mangsa penipuan, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik
Beliau berkata, MQA merupakan agensi yang akan mengenal pasti semua program yang diakreditasi di universiti dan institusi pengajian tinggi (IPT).
Iklan
Iklan
"Jadi kepada semua yang ingin melanjutkan pengajian kementerian menggalakkan mereka rujuk dengan MQA supaya tidak tertipu.
"MQA sudah membuat piawaian yang tinggi untuk tujuan itu,” katanya kepada pemberita selepas meninjau tapak projek Sekolah Rendah kebangsaan Taman Pelangi, di sini, hari ini.
Iklan
Semalam, sebuah akbar berbahasa Cina tempatan melaporkan beberapa universiti di luar negara menjadi ‘kilang ijazah’ dengan menawarkan ‘kelayakan akademik’ kepada pemohon secara dalam talian tanpa memerlukan mereka mengikuti apa-apa pengajian.
Menurut laporan itu, keadaan demikian berlaku terutamanya membabitkan ‘universiti’ yang dikatakan dari Amerika Syarikat yang beroperasi dari rumah kedai atau pejabat kecil. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>