Produksi perlu mohon SSP khas bagi penggambaran dalam studio
Iklan
Saifuddin Abdullah
KUALA LUMPUR - Syarikat produksi perlu memohon kelulusan Sijil Perakuan Penggambaran Filem Khas (SPP Khas) daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) untuk kebenaran aktiviti penggambaran dalam studio tanpa penonton, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata, selain permohonan SPP Khas, semua tenaga produksi yang terlibat perlu menjalani ujian saringan Covid-19 dan keputusan ujian dikemukakan kepada Finas, tiga hari sebelum tarikh penggambaran.
Iklan
Iklan
Katanya permohonan boleh dibuat menerusi pautan www.finas.gov.my/english-permohonan-sijilperakuan-penggambaran-filem-khas-spp-khas/.
"Pemantauan berkala juga akan dilaksanakan di lokasi penggambaran oleh penguat kuasa Finas bagi memastikan pematuhan SOP (prosedur operasi standard) tidak dikompromi,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Iklan
Dalam pada itu, Saifuddin berkata, SOP bagi aktiviti penggambaran di luar studio termasuk penganjuran acara secara langsung dan juga tayangan di pawagam sedang diperincikan dan akan dibentang dalam masa terdekat.
Beliau berharap penambahbaikan kepada SOP industri kreatif itu akan dapat membantu penggiat bidang berkenaan untuk terus berkarya demi kelangsungan sumber pendapatan mereka.
Iklan
Jelasnya, SOP yang ditambah baik itu terpakai dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan perinciannya boleh didapati di laman web Majlis Keselamatan Negara (www.mkn.gov.my) serta KKMM (www.kkmm.gov.my).
Hari ini, kerajaan mengumumkan keputusan membenarkan sektor industri kreatif beroperasi mulai esok, merangkumi aktiviti produksi animasi/muzik, pascaproduksi di studio, pembangunan muzik secara digital, rakaman lagu di studio dan penggambaran praproduksi.
Turut dibenarkan penggambaran di studio merangkumi drama, telemovie, iklan, dokumentari, sitcom, livestreaming (penstriman langsung), rakaman kebudayaan, seni dan warisan tanpa penonton. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Jerebu: Malaysia tunggu pengesahan Indonesia gerakkan aset bantuan - Fahmi"><meta itemprop="description" content="Malaysia masih menunggu pengesahan daripada pihak Indonesia untuk mengerakkan aset-aset yang boleh digunakan bagi membantu menangani kebakaran hutan di negara itu, yang mengakibatkan jerebu rentas sempadan.
Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata perkara itu dimaklumkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Luar (Wisma Putra) kepada Jemaah Menteri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795540/berita/nasional/jerebu-malaysia-tunggu-pengesahan-indonesia-gerakkan-aset-bantuan---fahmi
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #jerebu #FahmiFadzil #tanganijerebu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-09T11:42:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P93S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb5wspa"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb5wspa"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb5wspa"></script>