MELAKA - Mahkamah Sesyen Ayer Keroh pada Isnin menjatuhkan hukuman denda RM3,000 terhadap seorang pembantu tadbir kanan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Melaka selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan menerima suapan berjumlah RM2,500, lima tahun lalu.
Tertuduh, Norshahril Ramlee, 40, dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan tersebut terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Mohd Nasir Nordin.