China dua bulan tiada jangkitan Covid-19 penduduk tempatan

Iklan
China dua bulan tiada jangkitan Covid-19 penduduk tempatan. - Foto Reuters

SHANGHAI - China untuk pertama kalinya hampir dua bulan melaporkan tidak ada jangkitan baharu Covid-19 dalam kalangan penduduk tempatan.

Menurut laporan Reuters, data juga menunjukkan tanda-tanda bahawa negara itu berjaya membasmi gelombang baharu Covid-19.

Iklan
Iklan

Negara itu tidak mengalami jangkitan penduduk tempatan sejak 16 Disember tahun lalu.

Pihak berkuasa telah melakukan langkah drastik dan berjaya menghentikan penularan jangkitan dalam kelompok besar di wilayah Hebei di sekitar Beijing dan wilayah Heilongjiang dan Jilin timur laut.

Iklan

Bagaimanapun, kata Suruhanjaya Kesihatan Nasional dalam satu kenyataan, jumlah keseluruhan Covid-19 meningkat sedikit kepada 14 kes pada 7 Februari daripada 12 hari sebelumnya tetapi semua itu merupakan jangkitan yang diimport dari luar negara.

Tujuh daripada 14 kes dicatatkan di Shanghai selebihnya di Guangdong di tenggara China.

Iklan

Jumlah kes Covid-19 di China berjumlah 89,706 kes dengan merekodkan kematian tidak berubah, 4,636 orang.