Pekerja kurier mogok, baling barang pelanggan

Iklan
Video pekerja mogok mencampak bungkusan pelanggan itu tular di media sosial

SHAH ALAM - Tular di media sosial video pekerja syarikat kurier membaling bungkusan pelanggan selepas dipercayai mogok susulan majikan mengurangkan komisen kerja.

Rakaman video berdurasi 15 saat di salah sebuah hub kurier syarikat itu turut menunjukkan lambakan timbunan bungkusan yang difahamkan mengalami kelewatan penghantaran.

Iklan
Iklan

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen dan pelanggan yang kesal dengan tindakan pekerja terbabit kerana dikhuatiri akan merosakkan barangan dalam bungkusan.

"Nak mogok, mogok sajalah, barang pelanggan jangan kacau. Cuba kalau barang kamu beli, kurier buat macam itu, apa kau rasa?,” kata Jamal yang berkongsi video berkenaan di Twitter.

Iklan

Seorang lagi pengguna Twitter, Aszwan berkata, pekerja terbabit tidak sepatutnya membaling bungkusan barangan kerana akan mengakibatkan penjual dan pelanggan menanggung kerugian sebaliknya disaran mengemukakan aduan buruh di Jabatan Tenaga Kerja.

Dalam pada itu, pelanggan ‘menyerang’ ruangan komen laman Facebook syarikat kurier terbabit bagi melepaskan geram apabila masih belum menerima bungkusan masing-masing dalam tempoh seperti kebiasaan.

Iklan

Pelanggan turut meluahkan rasa tidak puas dengan sistem khidmat pelanggan syarikat berkenaan dengan mendakwa gagal berhubung melalui panggilan telefon dan bual siaran langsung.

"Sudah tiga bungkusan barang aku hilang dan nampak gayanya barang keempat akan hilang lagi, masih tersangkut tak tahu mana sejak 26 Januari lalu,” kata Maestro Wan Ateh.

Semakan mendapati syarikat terbabit belum mengeluarkan sebarang kenyataan di media sosial atau laman web rasmi berhubung perkara tersebut.