Pasaran getah dijangka meningkat minggu depan
Iklan
Gambar hiasan.
KUALA LUMPUR - Pasaran getah Malaysia dijangka mencatat aliran dagangan lebih tinggi pada minggu depan berikutan pengukuhan permintaan ketika pengeluaran dijejaskan oleh faktor musim daun luruh.
Mantan Presiden Pertubuhan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (Margma), Denis Low berkata, musim berkenaan yang berlaku lebih awal juga terbukti menjadi penyebab pengukuhan harga komoditi itu ketika ini.
Iklan
Iklan
"Keadaan hujan lebat yang berlaku juga akan terus menyebabkan bekalan berkurangan dan mencetuskan pembelian stok simpanan. Namun, ini pastinya satu berita yang baik untuk kalangan penanam kerana harga getah akan meningkat,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata hasil pengeluaran lateks pukal juga berkemungkinan berkurangan sebanyak 50 peratus.
Iklan
Bagaimanapun, katanya, kalangan penggiat pasaran masih berhati-hati terhadap keadaan ekonomi yang perlahan di peringkat global berikutan penularan pandemik Covid-19 yang menjejaskan sentimen semasa.
Bagi minggu yang baru berakhir, pasaran getah kebanyakannya tinggi seiring dengan peningkatan harga minyak, penyusutan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat serta harapan terhadap pakej bantuan di negara maju tersebut selain perkembangan usaha vaksinasi.
Iklan
Pada 2 Februari lepas, Lembaga Getah Malaysia (LGM) bertindak mengaktifkan Insentif Pengeluaran Getah bagi Januari 2021 dengan bayaran ditetapkan pada kadar lima sen sekilogram di Semenanjung, 35 sen sekilogram di Sabah dan 25 sekilogram di Sarawak.
Bagi asas mingguan, SMR menokok 17.5 sen kepada 647.0 sekilogram manakala lateks pukal meningkat 24 sen kepada 556.0 sen sekilogram.
Pada jam 5 petang Jumaat, harga penutup LGM bagi SMR 20 berada pada 642.0 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 559.0 sen sekilogram.
- Bernama
Keselamatan pergerakan penumpang di sempadan Malaysia-Singapura menerusi Sistem Transit Rapid (RTS) Link bakal diperkukuh dengan penggunaan 100 alat pengimbas “automatic e-gate”, sekali gus mengekang jenayah rentas sempadan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keupayaan alat pengimbang teknologi baharu itu ditunjukkan menerusi demonstrasi peralatan keselamatan ketika meninjau persiapan sempena Latih Amal Keselamatan RTS Malaysia-Singapore Cross-Border Joint Exercise, Field Training Exercise (FTX) 2026.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802356/berita/nasional/mesin-pengimbas-canggih-kesan-apa-sahaja-pada-badan-penumpang-rts-malaysia-singapura---saifuddin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.