Banjir: 985 mangsa, 18 PPS dibuka di Sarawak

Iklan
Penduduk Kampung Tebakang Dayak cuba mengalihkan kenderaan pacuan empat roda selepas Kampung itu dilanda banjir, Khamis. Foto Bernama

KUCHING - Jumlah mangsa banjir gelombang ketiga yang melanda Sarawak sejak Selasa lepas terus meningkat kepada 985 orang pagi Jumaat berbanding 577 petang Khamis.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam laporan terbaharunya memaklumkan pembukaan pusat pemindahan sementara (PPS) banjir juga menyaksikan peningkatan kepada 18 berbanding hanya 10 pada Khamis.

Iklan
Iklan

JPBN memaklumkan satu PPS dibuka di daerah Tatau, empat di Simunjan, dua di Samarahan dan 11 di Serian.

Buat masa ini, daerah Serian yang terletak kira-kira 60 kilometer dari pusat bandar Kuching masih menjadi kawasan yang paling teruk terjejas akibat banjir dengan 710 mangsa dari kawasan itu direkodkan setakat ini. - Bernama

Iklan
Iklan