NGO gesa siasat kematian lelaki selepas ditahan

Iklan

YAN - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Menghapuskan Kematian dan Dera Dalam Jagaan (Edict) menggesa siasatan dilakukan terhadap kematian seorang lelaki yang ditahan polis di Yan pada 28 Januari lalu.

Pengerusinya, M Visvanathan berkata, mangsa berusia 31 tahun dilaporkan meninggal dunia sehari selepas ditahan.

Iklan
Iklan

Beliau yang juga peguam mewakili keluarga mangsa menjelaskan, pihaknya akan menghantar surat kepada Peguam Negara dan Ketua Polis Negara bagi mendesak agar siasatan dilakukan berhubung perkara itu.

"Kita dimaklumkan keluarga bahawa semasa ditahan, mangsa dibawa ke rumah untuk penggeledahan," katanya.

Iklan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar berkata, siasatan berhubung kes terbabit sedang dijalankan.

"Kita sedang menunggu laporan penuh bedah siasat iaitu maklumat lanjut daripada bahagian makmal untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Iklan