REMBAU - Majlis Daerah Rembau akan mengenakan tindakan kompaun terhadap mana-mana pemilik haiwan ternakan yang berkeliaran di kawasan larangan berkuat kuasa 1 Mac ini.
Yang Dipertuanya, Mohd Najib Mustafa berkata, pihaknya komited dalam menangani isu haiwan ternakan berkeliaran terutama di taman perumahan serta jalan raya dan tindakan tegas akan dikenakan kepada mereka yang ingkar.