Kerajaan PN terlalu berjimat cermat, kata Guan Eng
Iklan
Lim Guan Eng
SHAH ALAM - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan supaya melaksanakan dasar ekonomi radikal berbanding daripada berjimat cermat.
Guan Eng yang juga bekas Menteri Kewangan berkata, kerajaan sepatutnya tidak perlu terikat dengan sasaran defisit yang membelenggu mereka ketika ini.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, kerajaan perlu lebih banyak berbelanja dan jangan kedekut bagi membantu menyelesaikan masalah rakyat yang merana dalam kelembapan ekonomi memandangkan ia adalah masalah yang terbesar dihadapi Malaysia ketika ini.
"Kerajaan Perikatan Nasional (PN) terlalu berjimat cermat sampai takut untuk berbelanja besar demi kepentingan rakyat.
Iklan
"Sasaran defisit ini boleh diselesaikan kemudian. Apa yang penting ada tahap kelangsungan hidup rakyat sekarang.
"Jika kerajaan tak membelanjakan wang yang cukup, masalah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang akan wujud kembali dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya dalam Program Minda Profesor Negara yang disiarkan secara langsung di Facebook Majlis Profesor Negara pada Khamis.
Iklan
Guan Eng berkata, perkara tersebut pernah diusulkan sendiri oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun tidak pernah dilaksanakan oleh beliau.
Dalam pada itu mengulas mengenai isu pengangguran, ahli Parlimen Bagan itu berkata, kerajaan perlu membantu syarikat swasta yang terkesan bagi membolehkan syarikat itu mengambil pekerja memandangkan kerajaan ketika ini tidak lagi mengambil pekerja dengan kerap.
Tambahnya, bantuan seperti moratorium atau pemberian secara langsung kepada syarikat yang terkesan dilihat mampu membantu mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan rakyat Malaysia.
"Kalau kita nak selamatkan pekerja kita kena pastikan syarikat-syarikat yang terkesan masih selamat supaya mereka boleh meneruskan perniagaan mereka.
"Tanpa lanjutan moratorium dan bantuan secara terus, saya beranggapan ramai syarikat tidak akan survive, contohnya seperti industri pelancongan yang mencatatkan kerugian 100 bilion.
"Saya tidak bermaksud kerajaan perlu memberi 100 bilion kepada sektor itu, namun ada sedikit bantuan daripada kerajaan agar mereka boleh kembali bernafas semula,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>