Tindakan penggodam boleh bahayakan keselamatan negara
Iklan
Choong Fook, Laporan Sinar Harian pada Rabu lalu.
SHAH ALAM - Dakwaan Anonymous Malaysia menggodam laman sesawang kerajaan merupakan satu tindakan berbahaya terhadap keselamatan negara, kata Pakar Keselamatan Siber, Fong Choong Fook.
Menurutnya, jika penggodam berjaya menceroboh sesebuah laman sesawang, ia menunjukkan terdapat masalah dengan prosedur pembentukannya.
Iklan
Iklan
"Setiap pembentukan laman sesawang perlu kepada prosedur kerana pencegahan adalah asas kepada keselamatan.
"Keselamatan siber seperti penyakit kanser. Apabila badan berpenyakit, ini menunjukkan individu itu tidak menjaga badan dengan betul.
Iklan
"Begitu juga dengan keselamatan, jika penggodam berjaya ceroboh ia mesti mempunyai masalah dengan prosedur pembentukannya,” katanya ketika dihubungi.
Anonymous Malaysia mengancam menggodam laman sesawang kerajaan.
Beliau berkata, perkara itu berlaku mungkin disebabkan kurang persediaan tentang pembentukan laman sesawang dengan betul.
Iklan
Dalam pada itu, katanya, memuat turun perisian lanun dan mengesan lampiran yang tidak dipercayai antara penyebab kepada kebocoran maklumat.
Sementara itu, Kumpulan penggodam Anonymous Malaysia mendakwa mula melakukan serangan siber ke atas beberapa laman sesawang agensi kerajaan selepas seminggu mengeluarkan amaran mengenai tahap keselamatan siber negara ini.
Dalam hantaran sama, kumpulan tersebut memaparkan senarai laman sesawang yang diserang iaitu sabah.gov.my (portal kerajaan negeri Sabah) sebanyak tiga kali dan perak.my (portal milik kerajaan negeri Perak) sebanyak dua kali.
Turut diserang ialah customs.gov.my (Jabatan Kastam Diraja Malaysia) dan cidb.gov.my (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia) serta mps.gov.my (Majlis Perbandaran Selayang).
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>