Jokowi terima Anugerah Kebebasan Media
Iklan
JAKARTA - INDONESIA. Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi telah menerima Anugerah Kebebasan Media atas komitmen pentadbiran beliau melindungi kebebasan media ketika sambutan Hari Media Kebangsaan 2019 di Surabaya, semalam.
Pengerusi Majlis Media, Yosep Adi Prasetyo menyampaikan anugerah itu kepada Jokowi yang telah memegang jawatan tertinggi itu selama lima tahun untuk penggal pertama pemerintahannya.