Soucek lebih hebat berbanding Fernandes

Iklan
Soucek memberi impak positif kepada West Ham pada musim ini.

Bekas penyerang West Ham, Carlton Cole menganggap Tomas Soucek lebih hebat berbanding perancang Manchester United, Bruno Fernandes.

Menurutnya, cuma pemain baharu West Ham kelahiran Republik Czech itu kurang mendapat liputan berbanding Fernandes biarpun persembahannya jauh mengatasi bintang United itu.

Iklan
Iklan

"Dia seorang pemain tengah yang hebat musim ini. Bagi saya West Ham berjaya menandatangani pemain yang berkualiti dan dia mudah menyesuaikan diri dengan Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Jika anda bercakap mengenai Fernandes yang begitu memberi impak kepada United, bagi saya Soucek lebih baik. Dia ada di mana-mana di atas padang dalam setiap perlawanan.

Iklan

"Kewujudannya di atas padang memberikan keyakinan kepada setiap pihak termasuk pemain dan jurulatih West Ham.

"Dia bermain dengan cukup cemerlang di bahagian tengah dan memudahkan bahagian serangan. Dia mampu memberi ancaman menerusi bahagian tengah," katanya.

Iklan

Pemain berusia 25 tahun itu telah menjaringkan tujuh gol sejak bersama The Hammers musim ini.