PUTRAJAYA - Malaysia bimbang dengan perkembangan terkini di Myanmar yang dilapor menyaksikan rampasan kuasa oleh tentera pada awal Isnin dengan Kaunselor Negara Aung San Suu Kyi, Presiden Myanmar U Win Myint dan lain-lain pegawai kanan ditahan di ibu kota Naypyidaw.
Menurut kenyataan Kementerian Luar, Malaysia menggesa tentera Myanmar serta pihak berkaitan agar mengutamakan keamanan dan keselamatan di negara itu, mempertahankan kedaulatan undang-undang serta menyelesaikan sebarang percanggahan elektoral melalui mekanisme undang-undang dan dialog secara aman.