KPM umum seminggu lebih awal jika sekolah dibuka semula
Iklan
Mohd Radzi - Foto Bernama
SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan akan mengumumkan sekurang-kurangnya seminggu lebih awal dari tarikh pembukaan sekolah sekiranya institusi pendidikan itu sedia untuk dibuka semula secara bersemuka.
Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, permakluman mengenai keputusan pembukaan semula sekolah akan dibuat mengikut ketetapan yang dilakukan sebelum ini.
Iklan
Iklan
"Ada yang bertanya tentang status pembukaan semula sekolah bagi sesi bersemuka untuk murid bukan kelas peperiksaan.
"Sepertimana dinyatakan sebelum ini, permakluman keputusan pembukaan semula sekolah secara bersemuka akan dibuat sekurang-kurangnya seminggu sebelum sekolah dibuka,” katanya dalam ciapan di Twitter pada Ahad.
Iklan
Bagaimanapun, ciapan Radzi mendapat pelbagai reaksi berbeza daripada warganet yang menyokong dan mempertikaikan keputusan pembukaan semula sekolah.
Seorang pelayar, @kbahrin613 berkata, tindakan KPM seperti keputusan 'flip-flop' dan tidak bernas.
Iklan
"Dari satu tahun Covid-19, tiada satu idea yang bernas dan keputusan yang dilakukan seperti tiada pelajaran dan tidak belajar daripada pengajaran,” katanya.
Pada masa sama, warganet @ajidan71 turut mencadangkan jika pembelajaran secara bersemuka dilaksanakan, pihak KPM perlu mengurangkan waktu kelas dan silibus pembelajaran perlu diolah mengikut keutamaan.
Selain itu, @tckgary turut mencadangkan pihaknya perlu bahagikan kelas kepada 20 peratus untuk mengawal penjarakan sosial di sekolah.
"Ini bermakna dalam kelas yang biasa ada 40 murid, sekarang cuma lapan murid, sekurang-kurangnya murid dapat hadir di sekolah sehari dalam seminggu,” ujarnya
Sehubungan itu, warganet mahu KPM memberi penekanan terhadap kualiti dalam melaksanakan operasi pembukaan semula sekolah.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>