PUTRAJAYA - Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, isu kelayakan akademik membabitkan pemimpin Pakatan Harapan perlu diperjelas kepada umum khususnya yang melibatkan universiti tanpa akreditasi.
Khalid yang juga Menteri Wilayah Persekutuan turut berpandangan isu memperoleh sijil daripada universiti yang tidak diiktiraf bukan masalah besar asalkan pemimpin terbabit mempunyai sifat amanah.