Remaja perempuan maut motosikal hilang kawalan rempuh treler

Iklan
Keadaan motosikal mangsa di lokasi kejadian. -Foto Ihsan Bomba

REMBAU - Seorang remaja perempuan maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan dengan sebuah lori treler di Kilometer 14.5 Jalan Seremban-Tampin pada pagi Sabtu.

Ketua Polis daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata,kemalangan berlaku kira-kira jam 7.15 pagi ketika mangsa, Maznur Hidayah Mazli,19, menunggang motosikal jenis Honda dari arah Seremban menghala ke Tampin.

Iklan
Iklan

"Apabila sampai di tempat kejadian mangsa dipercayai telah hilang kawalan di kawasan selekoh lalu terbabas kelaluan bertentangan sebelum merempuh bahagian hadapan lori treler yang datang dari arah berkenaan (bertentangan).

"Mangsa yang cedera di bahagian kepala kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Katanya, bagaimanapun pada jam 9.30 pagi pihak hospital memaklumkan mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987," kata beliau.

Iklan