PGA rampas arak, rokok seludup
Iklan
JOHOR BAHRU - Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang lelaki serta merampas 123 karton rokok dan tujuh botol arak seludup di Jalan Rotan Lumpit, Masai di sini pada Rabu.
Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang berkata, lelaki tempatan berusia 29 tahun itu ditahan dalam sebuah kereta pada jam 10.45 pagi.