Terbakar sejak 11 hari lalu

Iklan
Jentera turut digunakan untuk memadamkan api di tapak pelupusan sampah Bandar Tenggara.

KOTA TINGGI - Kandungan gas metana antara punca awal dikenal pasti berlakunya kebakaran di pusat pelupusan sampah Bandar Tenggara yang berlarutan sejak 11 hari lalu.

Ketua Zon Kota Tinggi Jabatan Bomba Penyelamat Negeri Johor, Al Hasra Mohamed berkata, kebakaran melibatkan kawasan seluas satu hektar.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pelbagai agensi bekerjasama melakukan pemadaman secara bersepadu termasuklah bomba dan penyelamat, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora), Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

"Pasukan penyelamat mengalami kesukaran untuk memadam terutama pada waktu malam, difahamkan terdapat banyak haiwan berbisa di samping faktor cuaca panas pada siang hari.

Iklan

"Faktor permukaan kawasan tapak pelupusan berkenaan yang terdapat gaung turut menyukarkan sedikit operasi pemadaman. Namun sehingga hari ini (semalam), kira-kira 90 peratus kebakaran telah berjaya dipadamkan,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, siasatan awal mendapati antara punca utama kebakaran itu disebabkan faktor gas metana yang terperangkap di bawah timbunan sampah.

Iklan

Jelasnya, keadaan cuaca yang panas menyebabkan berlaku percikan api dan berlaku nyalaan api di kawasan tersebut.

"Kebakaran tidak hanya berlaku di satu tempat sahaja sebaliknya ia merebak. Kebiasaannya faktor gas metana antara punca yang dikenal pasti penyebab kebakaran di tapak pelupusan sampah.

"Bagaimanapun siasatan lanjut mengenal pasti punca kebakaran masih dijalankan. Operasi ini turut dibantu dengan penggunaan tiga jentera berat, dua lori tangki dalam usaha pemadaman,” katanya.