Pentadbiran Biden tetap 'pelihara' hubungan dengan Israel
Iklan
WASHINGTON - Pentadbiran Presiden baharu Amerika Syarikat (AS), Joe Biden akan bekerjasama rapat dengan Israel yang merupakan sekutu kuat Washington berhubung isu keselamatan dan membangunkan perjanjian damai kontroversi dengan rejim Tel Aviv yang dicapai di bawah kepimpinan pendahulunya, Donald Trump.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas Penasihat Keselamatan Negara Rumah Putih, Jake Sullivan menghubungi rakan sejawatannya di Israel, Meir Ben Shabbat pada Sabtu.