Kontrak Salah tidak beri kesan kepada Liverpool

Iklan
Isu kontrak Salah tidak akan memberi kesan kepada prestasi semasa Liverpool

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp menolak pandangan bahawa perkembangan kontrak penyerangnya, Mohamed Salah bakal memberi kesan negatif kepada prestasi The Reds.

Perkara tersebut menjadi perhatian selepas pemain Mesir itu secara terbuka tidak menolak dikaitkan dengan dua pasukan gergasi La Liga, Real Madrid dan Barcelona.

Iklan
Iklan
Klopp menggesa pemainnya kembali bangkit mempamerkan aksi terbaik selepas gagal mencatatkan keputusan positif dalam lima perlawanan EPL

Klopp berkata, Salah masih mempunyai baki kontrak dua tahun setengah bersama Liverpool dan tidak ada keperluan mendesak bagi menawarkan perjanjian baharu.

"Saya tidak fikir begitu (isu kontrak Salah) akan mempengaruhi permainan dia dan pasukan. Itu perkara biasa dalam bola sepak apabila pemain bagus dikaitakan dengan pasukan lain.

Iklan

"Bukan kami yang menimbulkan persoalan tentang kontrak Salah tetapi apabila ada pertanyaan, jadi kami menjawabnya. Nampaknya ia telah menjadia perbualan dan liputan.

"Sebenarnya, dalam kebanyakan kes, ia tidak seperti itu. Ia tidak akan menggangu fokus dan prestasi pasukan dalam semua kempen musim ini dan akan datang,” katanya.

Iklan

Liverpool hanya mencatatkan satu kemenangan daripada enam perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan dan terbaru ditewaskan oleh Burnley 0-1 di laman sendiri pada Jumaat lalu.

Dalam pada itu pengendali dari Jerman itu menggesa anak buahnya bangkit mempamerkan aksi terbaik mereka dalam perlawanan akan datang.

"Saya akui kita sedang berdepan dengan cabaran tetapi kita perlu menang untuk terus menjadi pesaing utama. Berikan masa untuk para pemain bangkit semula,” katanya.