Sekeluarga maut: Jenazah dikebumi dalam satu liang

Iklan
Salleh Tahir, 49, menyiram pusara isteri, anak, menantu dan cucunya yang maut dalam kemalangan di Pengkalan Atap, Batu Rakit awal pagi tadi.
KUALA TERENGGANU - Lima sekeluarga yang maut dalam kemalangan di Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit awal pagi tadi selamat dikebumikan.

Kelima-lima jenazah dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Durian Mas, Manir kira-kira jam 5 petang tadi.

Urusan pengkebumian itu dihadiri hampir 300 orang terdiri daripada sanak saudara, kenalan serta penduduk kampung.

Iklan
Iklan

Sebelum itu, jenazah disembahyangkan di Masjid Jalan Pusara.

Lima jenazah adalah pasangan suami isteri, Mohd Kharulnizam Jusoh, 38, dan Nur Syaazlien Syarizam Salleh, 21, bersama anak mereka berusia 9 bulan, Nur Khaira Aisyah.

Iklan

Turut menjadi mangsa, ibu dan adik kepada Nur Syaazlien Syarizam, Rozilawati Mustafa @ Razali, 43, dan Muhammad Nashrullah, 5.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi itu, kereta proton Wira yang dinaiki enam beranak itu dipercayai terbabas dan melanggar sepohon pokok di seberang jalan.

Iklan

Difahamkan, mangsa bersama sebuah kenderaan lain dalam perjalanan pulang selepas menghadiri kenduri kahwin di Kota Bharu, Kelantan.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Muhammad Khairul Haziq Abdul Hadi, 5, yang parah masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

ARTIKEL BERKAITAN: