SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengesahkan wanita yang tular di media sosial selepas ditahan kerana tidak membayar kuih, sosej dan 'KoolFever' di sebuah pasar raya merupakan asnaf berdaftar di bawah agensi itu.
LZS menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook pada Khamis memaklumkan keluarga tersebut telah berdaftar sejak tahun 2018 dan menerima bantuan kewangan bulanan, perayaan dan keperluan sekolah.