Tiada peraturan atau saman individu tidak pakai sarung tangan

Iklan
ACRYL SANI

KUALA LUMPUR - Tidak ada individu yang disaman kerana tidak memakai sarung tangan dalam penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan wabak Covid-19 seperti yang tular di media sosial pada Rabu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, setakat ini juga tidak ada peraturan yang mewajibkan pemakaian sarung tangan dalam SOP seperti yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Iklan
Iklan

"PDRM (Polis Diraja Malaysia) hanya menguatkuasakan peraturan seperti yang digariskan dalam SOP MKN.

"Sekiranya ada sebarang kekeliruan timbul bolehlah merujuk kepada Pegawai Bertugas Pusat Kawalan Malaysia Bukit Aman untuk pengesahan,” katanya pada Khamis.

Iklan

Acryl Sani berkata, pemakaian sarung tangan tidak wajib tetapi PDRM menggalakkan pemakaiannya bagi membolehkan usaha mencegah pandemik itu dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

Pada Rabu, tular di laman sosial Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali melaksanakan operasi penguatkuasaan SOP mencegah Covid-19 di daerah berkenaan dengan turut dipaparkan seorang pekerja wanita sebuah premis dikenakan saman ketika operasi itu.

Iklan

Media pada Khamis melaporkan pekerja pasar raya di Presint 8, Putrajaya itu disaman bukan kerana tidak memakai sarung tangan tetapi kerana tidak mematuhi SOP lain. - Bernama