SEBERANG PERAI TENGAH- Dua lelaki ditahan selepas kantoi membawa dadah jenis syabu seberat 154 gram yang diletakkan dalam beg sandang.
Kedua-duanya yang menaiki sebuah kereta Proton Waja ditahan dalam sekatan jalan raya Ops Cegah Jenayah di Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) pada jam 11 malam, semalam.