ASEAN boleh pertimbang tubuhkan dana tambah baik infrastruktur digital
Iklan
Muhyiddin
KUALA LUMPUR - ASEAN boleh mempertimbangkan penubuhan sebuah dana yang bertujuan menambah baik infrastruktur digital dan Internet di negara-negara anggota.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, negara-negara anggota juga boleh mewujudkan platform dalam talian untuk menghubungkan perniagaan kecil dan sederhana serta artisan di seluruh rantau ini, menjual barangan asli secara langsung kepada pengguna, sekali gus memudahkan transaksi.
Iklan
Iklan
"Sebuah lembaga pemegang amanah dengan anggotanya dilantik dari negara-negara ASEAN boleh menentukan syarikat yang akan mewujudkan, menyelenggara dan mengoperasikan platform tersebut.
"Sebagai satu komuniti dan sebagai sebuah rantau, ASEAN kini lebih penting berbanding sebelum ini. Bagi generasi yang tidak terkira jumlahnya, kita, warga Asia Tenggara, telah berdagang dan bekerja dengan China dan Jepun, serta Amerika Syarikat (AS),” katanya di sini pada Khamis.
Iklan
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama di Mesyuarat Menteri-menteri Digital ASEAN Pertama (ADGMIN1) dan Mesyuarat-mesyuarat Berkaitan secara telesidang hari ini.
Muhyiddin berkata, negara-negara tersebut merupakan ekonomi terbesar dunia dan juga negara paling maju dan sofistikated dalam era digital.
Iklan
"Mungkin wujud perbezaan dan ketegangan di seluruh Pasifik di antara AS dengan China, namun kita gembira bekerjasama dengan mereka semua.
"Menerusi pendekatan demikian, kita berpeluang meraih manfaat dari setiap negara rakan kita ini. Pada masa sama, kita turut berharap mereka boleh bekerjasama dengan lebih baik lagi, kita juga harus lebih bekerjasama dengan mereka,” katanya.
Beliau berkata berlandaskan jalinan menerusi ASEAN+3, ASEAN boleh menggalakkan kerjasama digital dan mendorong pelaburan teknologi maklumat dan komunikasi dari China, Jepun dan Korea Selatan, walaupun pencapaian digital terbaik masa kini adalah di Asia Timur Laut namun ia sebaliknya boleh turut ketara di Asia Timur yang lebih luas.
"Selain itu menerusi kerjasama dengan Rakan Dialog ASEAN utama di Amerika Utara, ASEAN mampu memperluas amalan terbaik digital global ke dalam rantau ini.
"Kita sewajarnya memanfaatkan aspek-aspek khusus ASEAN ini secara strategik untuk menyediakan peluang sebaik mungkin kepada warga kita, terutama untuk masa depan dan generai muda ASEAN,” katanya. - Bernama
Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil memberi sinar harapan kepada kanak-kanak yang memerlukan rawatan jantung apabila berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM134,477.79 hasil keprihatinan masyarakat seluruh negara, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid dan juruvideo, Zamir Yusof.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Shaiful Azmi Yahaya berkata, sumbangan berkenaan memberi peluang kepada pesakit mendapatkan akses kepada rawatan yang diperlukan, selain meringankan kebimbangan kewangan keluarga.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797454/berita/nasional/kempen-sinar-untuk-jantung-si-kecil-beri-sinar-harapan-kumpul-rm134477-79
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.