PGA rampas 178 karton arak seludup
Iklan
ISKANDAR PUTERI - Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang lelaki dan merampas 178 karton arak seludup pelbagai jenama dalam tiga kereta di GP Mall, Gelang Patah di sini pada Rabu.
Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang berkata, penahan lelaki berusia 33 tahun dan rampasan itu dilakukan di tempat letak kereta pusat beli-belah tersebut pada jam 10.55 pagi.