Joe Biden angkat sumpah jawatan Presiden baharu AS
Iklan
WASHINGTON - Selepas berdepan pelbagai halangan dan cubaan untuk membatalkan keputusan pilihan raya pada November lalu, Joe Biden akhirnya mengangkat sumpah jawatan Presiden ke-46 Amerika Syarikat (AS) di Capitol, Washington pada Rabu sekali gus mengakhiri penggal pentadbiran pendahulunya, Donald Trump yang sering dihimpit kontroversi.
Biden, 78, melakukan upacara angkat sumpah itu di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Agung, John Roberts.