Ringgit lebih tinggi didorong pelan rangsangan Biden
Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF
KUALA LUMPUR - Ringgit meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa awal dagangan pada Rabu didorong pelan rangsangan oleh Joe Biden yang baharu dipilih sebagai presiden ditambah dengan dagangan minyak mentah Brent yang baik iaitu melepasi AS$55 setong.
Pada jam 9.03 pagi, ringgit meningkat kepada 4.0460/0510 berbanding dolar AS daripada 4.0480/0520 ketika ditutup pada Selasa.
Iklan
Iklan
Ketua Pakar Strategi Pasaran Global, Axi, Stephen Innes berkata, sentimen positif ini sewajarnya mewujudkan situasi lebih menggalakkan bagi unit tempatan.
"Bagaimanapun, ketika tumpuan pentadbiran Biden akan datang adalah berorientasikan domestik, satu lagi catatan lebihan dagangan tertinggi sepanjang masa bagi China pada Disember (AS$78.17 bilion) nampaknya menyokong kekukuhan dasar luar AS.
Iklan
"Ini tidak baik untuk risiko pertukaran mata wang asing Asia dan perlu memantau secara teliti mengenai nada awal pandangan pentadbiran baharu itu mengenai perdagangan China," katanya.
Sementara itu, mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia selama dua hari berakhir pada Rabu dan bank pusat dijangka sama ada mengurangkan kadar faedah atau mengekalkannya.
Iklan
Ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama.
Ia turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0476/0525 daripada 3.0443/0482 ketika ditutup Selasa dan rendah berbanding yen kepada 3.8956/9008 daripada 3.8912/8962.
Mata wang tempatan turut susut kepada 5.5204/5288 daripada 5.5081/5140 berbanding pound Britain dan merosot berbanding euro kepada 4.9131/9195 daripada 4.9058/9114. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>