Tragedi tahun baharu di China ragut 15 nyawa

Iklan
Kapsyen: Tragedi Tahun Baharu Cina ragut 15 nyawa. - Gambar Hiasan

BEIJING - CHINA.Lima belas orang dilaporkan maut susulan tragedi pada malam Tahun Baharu Cina melibatkan dua keluarga berasingan di China.

Dalam kegembiraan menyambut kedatangan tahun baharu, seorang lelaki dikenali sebagai Lu, membakar kediaman abangnya di wilayah Shaanxi, menyebabkan tujuh ahli keluarga terbunuh.

Iklan
Iklan

Insiden mengorbankan abang Lu dan isteri serta tiga anak mereka, selain ayah kandung dan ayah mentua mangsa.

Menurut polis, Lu berjaya ditahan beberapa jam selepas kejadian dan dipercayai cuba membunuh diri.

Iklan

Pada malam sama, seorang lelaki bernama Guo yang mengesyaki isterinya berlaku curang, bertindak menikam lapan orang di sebuah kampung di wilayah Gansu.

Tindakan lelaki berusia 49 tahun itu juga turut mencederakan tujuh yang lain.

Iklan

Kedua-dua tragedi terbabit, merupakan antara banyak kes yang dipercayai berlaku akibat tekanan hidup, yang turut mengakibatkan peningkatan dalam kadar jenayah keganasan. - AFP