Covid-19: Pusat Khidmat ADUN Jabi ditutup sementara
Iklan
DR AZMAN IBRAHIM
KUALA TERENGGANU - Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi ditutup buat sementara waktu susulan berlaku kontak rapat antara kakitangan pusat khidmat itu dengan individu yang disahkan positif Covid-19.
ADUN Jabi, Dr Azman Ibrahim yang juga Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu berkata, mereka yang terlibat sedang menjalani kuarantin di rumah masing-masing dan urusan swab test telah dilakukan di bawah pengurusan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.
Iklan
Iklan
"Mukim Jabi dan Mukim Kerandang dalam DUN Jabi antara kawasan yang menunjukkan peningkatan mendadak kes positif Covid-19.
"Walau dalam keadaan penuh berjaga-jaga dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat, kebajikan rakyat Jabi adalah keutamaan. Khidmat kepada rakyat terus berjalan dengan kita meminimakan hubungan secara bersemuka.
Iklan
"Buat sementara waktu, semua kakitangan diarahkan bekerja dari rumah,” katanya dalam kenyataan dalam Facebook rasminya.
Beliau turut menasihatkan agar orang ramai kekal bertenang dan sentiasa menjadi diri serta mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah ditetapkan pihak berkuasa.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Bunyi dentuman kuat rupanya bot dirempuh nelayan asing'"><meta itemprop="description" content="'Bunyi dentuman kuat rupanya bot dirempuh nelayan asing'
Lima nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka dirempuh sebuah bot lain ketika sedang berlabuh kira-kira 33 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, awal pagi Isnin.
​Tekong bot, Mamat Abdullah, 79, dari Kampung Batin, Kuala Nerus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi ketika dia bersama empat awak-awak sedang berehat sementara menunggu untuk pulang ke daratan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803090/edisi/terengganu/bunyi-dentuman-kuat-rupanya-bot-dirempuh-nelayan-asing
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #botdirempuh #nelayanasing"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T08:31:55.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P110S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt2pm6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt2pm6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt2pm6"></script>