Zahid gesa KPDNHEP ambil tindakan harga minyak masak naik
Iklan
SHAH ALAM – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil tindakan berhubung kenaikan harga barang semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pelaksanaan darurat.
Menurutnya, ramai netizen sudah mula mengeluh dengan kenaikan harga minyak masak lima kilogram yang naik sehingga RM27.