JPM,MOF bincang model baharu operasi Lembaga Tabung Haji
Iklan
KUALA LUMPUR - Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Kementerian Kewangan pada Khamis membincangkan beberapa penambahbaikan dalam tadbir urus Lembaga Tabung Haji (LTH), termasuk pelaksanaan model baharu operasinya.
Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, perkara itu dibincangkan dalam sidang video bersama Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.