KUALA LUMPUR - Agensi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Perbadanan Kota Buku (PKB) membangunkan aplikasi 'KPM eTextbook Reader' bagi memudahkan murid mendapatkan buku teks sekolah secara digital.
Menerusi satu kenyataan hari ini, KPM memaklumkan aplikasi itu sekali gus memberi akses buku teks sekolah secara digital kepada murid yang akan memulakan sesi persekolahan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini hingga 26 Januari.