Duterte arah henti aktiviti perlombongan di Tawi-Tawi

Iklan
Rodrigo Duterte

MANILA - Presiden Rodrigo Duterte telah memerintahkan semua aktiviti perlombongan di sebuah pulau yang terletak di wilayah selatan Filipina dihentikan, kata seorang menteri Kabinet pada Selasa.

Menurut Karlo Nograles, Duterte amat prihatin terhadap laporan bahawa Pulau Tumbangan di Languyan dalam wilayah Tawi-Tawi 'musnah sepenuhnya' akibat kegiatan perlombongan.

Iklan
Iklan

"Kerosakan di pulau itu amat besar dan sementara usaha pemulihan sedang berjalan, presiden mengeluarkan arahan untuk menghentikan semua aktiviti berkaitan," katanya.

Tambah Nograles lagi, Duterte turut mengarahkan pihak berkuasa supaya menanam semula pokok sebagai sebahagian daripada usaha pemulihan pulau berkenaan.

Iklan

Difahamkan, aktiviti perlombongan di Tawi-Tawi tidak dipantau Biro Perlombongan dan Geosains Filipina kerana ia berada di bawah wilayah autonomi Mindanao.

Duterte sebelum ini sering mengkritik industri perlombongan mengatakan, kerosakan alam sekitar jauh mengatasi sebarang manfaat terhadap ekonomi.

Iklan

Tidak lama selepas mengambil alih jawatan pada 2016, beliau memberi amaran kepada semua pelombong supaya mengetatkan peraturan alam sekitar atau menutupnya, mengatakan negara itu boleh terus bertahan tanpa industri perlombongan. - Agensi