Tanah runtuh di Indonesia: Mangsa hilang meningkat 27 orang
Iklan
JAKARTA - Jumlah mangsa hilang dalam kejadian tanah runtuh di wilayah Jawa Barat Indonesia meningkat kepada 27 orang manakala angka korban kekal 13 orang.
Ketua Unit Kecemasan Pengurusan Bencana Wilayah, Budi Budiman berkata, kejadian di kampung Cihanjuan, Kabupaten Sumedang pada Sabtu itu disebabkan hujan lebat.