'Trump, anda dipecat'

Iklan
Salah satu babak menampilkan Schwarzenegger dalam francais filem aksi sains fiksyen, Terminator: Dark Fate. - Foto: Agensi

WASHINGTON - 'Tuan Presiden, anda dipecat'.

Mesej itu disampaikan bintang aksi Hollywood, Arnold Schwarzenegger kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump selepas penyokongnya menceroboh Capitol pada Rabu lalu menerusi akhbar di Jerman, Bild am Sonntag.

Iklan
Iklan

Menurut bekas Gabenor California yang berasal dari Austria itu, beliau kesal dengan kekecohan yang berlaku di Capitol ketika Kongres bersidang untuk mengesahkan kiraan Undi Elektoral bagi mengiktiraf kemenangan bakal pengganti beliau, Joe Biden.

"Itu bukan Amerika kita," ujarnya.

Iklan

Jelas Schwarzenegger, beliau pernah meluangkan masa bersama Trump, namun tidak pernah melihat tindakan bilionair hartanah terbabit yang berterusan dihimpit kontroversi seperti yang berlaku sejak akhir-akhir ini.

"AS sebuah negara hebat yang saya cintai sejak 1960-an akan bertahan untuk menghadapi waktu sukar ini," tambahnya lagi.

Iklan

Minggu lalu, pelakon siri filem aksi sains fiksyen, Terminator itu menggesa Trump menghentikan 'kebodohan, kegilaan dan rancangan jahat' beliau menerusi ruangan penulis jemputan di The Economist. - Agensi