Rakyat bosan dengan permainan politik negara: Syed Saddiq
Iklan
Syed Saddiq ketika bertemu Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada Sabtu. - Foto Facebook Syed Saddiq
SHAH ALAM - Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyatakan rakyat sudah bosan dengan permainan politik semasa negara.
Ahli Parlimen Muar itu berkata, permainan politik tersebut tidak akan menolong mana-mana parti untuk maju membangunkan negara.
Iklan
Iklan
Menurutnya, banyak lagi potensi yang tersembunyi dan perlu digilap dengan baik.
"Rakyat Malaysia sudah bosan dengan iklim politik semasa. Itu tidak menolong mana-mana daripada kita untuk maju sebagai sebuah negara.
Iklan
"Terdapat begitu banyak potensi tersembunyi yang mesti dibuka dan saya percaya politik semasa menghalang kita untuk melakukannya.
"Kita perlu melupakan perkara tersebut, kita memerlukan satu kumpulan pemimpin yang mampu memajukan negara bukannya pertunjukan satu lawan satu,” katanya dalam kenyataan di Facebook pada Ahad.
Iklan
Syed Saddiq berkata demikian semasa mengadakan satu pertemuan bersama Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada Sabtu.
Katanya, beliau merupakan seorang senior politik yang mengamalkan berbilang kaum dan juga perpaduan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>