Kerajaan PN masih kukuh: Rosol
Iklan
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih kukuh walaupun ada dalam kalangan ahli Parlimen ketika ini menarik diri dan tidak lagi memberikan sokongan.
SHAH ALAM - Kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih kukuh walaupun ada dalam kalangan ahli Parlimen ketika ini menarik diri dan tidak lagi memberikan sokongan.
Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata, tindakan mereka itu tidak menjejaskan kedudukan Perikatan Nasional.
Iklan
Iklan
"Kita tunggu keputusan UMNO. Setakat ini tidak ada isu walaupun ada seorang dua yang menarik diri (tarik sokongan). Perkara ini (kedudukan PN) akan ditentukan di Parlimen, bukan boleh dibuat begitu sahaja,” katanya kepada Sinar Harian.
ROSOL
Mengulas lanjut, beliau berkata, keputusan kedudukan Perikatan Nasional akan ditentukan ahli Parlimen yang mewakili parti yang bergabung.
Iklan
"Apa yang berlaku sama ada betul atau tidak akan ditentukan di Parlimen. Mungkin yang ada (ahli Parlimen) tarik diri dan akan menyokong, tidak tahulah. Bergantung kepada Parlimen,” katanya kepada Sinar Harian.
Rosol yang merupakan Ahli Parlimen dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menegaskan, situasi yang berlaku ketika ini adalah seperti situasi politik di Perak, baru-baru ini.
Iklan
Pada Sabtu, Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub mengumumkan beliau bersama 12 bahagian UMNO Kelantan menarik diri daripada menyokong kerajaan PN.
ARTIKEL BERKAITAN Ahmad Jazlan tarik sokongan kepada kerajaan PN
Ahmad Jazlan berkata, keputusan menarik sokongan terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu dibuat tanpa desakan daripada mana-mana pihak.
Sementara itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula berkata, keabsahan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menolak kerjasama bersama Bersatu akan dilakukan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU), hujung bulan ini.
Ahmad Zahid berkata, setakat ini, pendirian parti itu adalah tertakluk kepada keputusan MKT yang diputuskan dalam mesyuarat pada Rabu dan perkara itu juga akan dijadikan agenda dalam usul ucapan dasar Presiden UMNO pada PAU nanti.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan bahawa wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pernah mengajukan soalan mengenai calon Perdana Menteri yang akan diketengahkan oleh parti itu dalam satu pertemuan di kedutaan berkenaan.
Menurut beliau, soalan tersebut diajukan secara langsung kepadanya selepas dua pimpinan kanan Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, terlebih dahulu menghadiri pertemuan dengan pihak kedutaan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794980/berita/politik/abdul-hadi-dedah-kedutaan-as-pernah-risik-calon-pm-daripada-pas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.