Sesi persekolahan 2021: NUTP akur keputusan KPM
Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF
SHAH ALAM - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) akur dengan keputusan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berhubung pembukaan sekolah sesi 2021.
Setiausaha Agungnya, Harry Tan berkata, meskipun kes Covid-19 masih tinggi, ditambah dengan banjir yang melanda, beliau yakin KPM akan membuat keputusan terbaik bagi pembukaan sekolah sesi 2021.
Iklan
Iklan
"NUTP berpandangan bahawa keputusan untuk balik ke sekolah terletak pada KPM kerana mereka mempunyai data, statistik dan sains untuk membuat keputusan yang terbaik untuk semua.
ARTIKEL BERKAITAN: PM umum sesi persekolahan bermula 20 Januari ini
Iklan
Pertimbang semula sesi persekolahan 2021
Najib cadang sesi persekolahan 2021 ditangguhkan
Iklan
"Bagi isu banjir, tiada masalah kerana pihak KPM sudah mempunyai prosedur operasi standard (SOP) dari dahulu lagi dan ia sentiasa dipantau oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma),” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Sebelum ini, KPM memaklumkan semua institusi pendidikan di bawah seliaan mereka akan dibuka di seluruh negara mengikut takwim 2021 termasuk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Menteri Pendidkan, Dr Radzi Jidin berkata, operasi kesemua institusi pendidikan adalah tertakluk kepada pematuhan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu.
Sementara itu, Harry berkata, guru-guru di Malaysia sentiasa bersedia untuk menjalankan tugas hakiki mereka sama seperti penjawat awam lain.
"Untuk makluman, sekolah-sekolah sedang rancak untuk menghadapi sesi persekolahan yang baharu seperti merangka jadual waktu, jadual aktiviti, persediaan buku teks, membuat rancangan mengajar tahunan dan harian, termasuk apa-apa sahaja yang berkaitan supaya sekolah boleh berfungsi pada hari pertama tanpa apa-apa masalah besar,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Jerebu: Malaysia tunggu pengesahan Indonesia gerakkan aset bantuan - Fahmi"><meta itemprop="description" content="Malaysia masih menunggu pengesahan daripada pihak Indonesia untuk mengerakkan aset-aset yang boleh digunakan bagi membantu menangani kebakaran hutan di negara itu, yang mengakibatkan jerebu rentas sempadan.
Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata perkara itu dimaklumkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Luar (Wisma Putra) kepada Jemaah Menteri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795540/berita/nasional/jerebu-malaysia-tunggu-pengesahan-indonesia-gerakkan-aset-bantuan---fahmi
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #jerebu #FahmiFadzil #tanganijerebu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-09T11:42:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P93S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb5wspa"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb5wspa"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb5wspa"></script>