KUALA LUMPUR - Bank Islam Malaysia Bhd kini menawarkan kemudahan kelonggaran pembayaran balik pembiayaan atau moratorium sehingga enam bulan untuk pelanggan yang terjejas akibat banjir.
Dalam kenyataan pada Jumaat, bank itu berkata, inisiatif dikenali Program Prihatin itu bertujuan meringankan beban kewangan mangsa banjir dalam menunaikan komitmen pembayaran bulanan mereka.