Polis nafi kejadian kepala air di Cameron Highlands

Iklan
Rakaman video berdurasi dua minit itu yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp dan Facebook sejak Khamis dipercayai berlaku di Indonesia.

KUANTAN - Dakwaan berlaku kejadian kepala air di Cameron Highlands seperti video yang ditularkan di media sosial adalah tidak benar, kata Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Ashari Abu Samah.

Sebaliknya beliau berkata, rakaman video berdurasi dua minit itu yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp dan Facebook sejak Khamis dipercayai berlaku di Indonesia.

Iklan
Iklan

"Saya harap mereka yang menerima video itu tidak menularkannya kerana ia hanya memburukkan keadaan dalam situasi beberapa negeri kini dilanda banjir," katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Sementara itu, Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Mahdzir Khalid juga menafikan dakwaan tular kononnya TNB melepaskan air dari empangan di Cameron Highlands sehingga memburukkan banjir di Lipis.

Iklan
Iklan

"Tiada air dari empangan kelolaan TNB yang dilepaskan. Kita mohon mereka yang ingin menyebarkan sebarang maklumat supaya merujuk dahulu kenyataan rasmi TNB supaya tidak mengelirukan orang ramai," katanya. - Bernama